Cerita Nurma
FollowDashboard
seperti roda...kadang-kadang kita di atas,kadang-kadang kita di bawah..
Wednesday, January 26, 2011 ? 0 Ultraman ?
Assalamualikum....salam sejahtera dan salam satu MALAYSIA ...hai semua apa khabar di sini nurma nak berkongsi dengan anda semua apa yang telah nurma baca dalam satu blog...blog dia memang best....hehehe apa lagi jom la baca.........!!!...^-^..

Begitulah hakikat hidup,tiada apa yang sempurna...kita hanyalah manusia biasa yang hanya mampu merancang namun hanya Allah yang menentukan....ya,semua orang mahukan kesempurnaan,kecantikan,kejayaan,kesihatan dan kekayaan..namun tidak semua orang dapat mengecapinya...tidak semua orang mampu memilikinya..

Sememangnya orang boleh cakap apa sahaja,namun hanya kita yang tahu hakikat keadaan sebenar...orang boleh muntahkan kata-kata fitnah dan dusta terhadap kita namun hanya kita sahaja yang tahu,kita telah berusaha namun masih tidak berjaya,ingatlah pasti ada hikmah disebaliknya..anggaplah itu semua dugaan dunia semata-mata... ingatlah,hidup di dunia hanya sekali dan apa sahaja yang dikecapi di dunia adalah pinjaman dari yang maha pencipta :D

Siapa yang tak nak berjaya,dapat kehidupan yang mewah,kereta besar,bergaji besar...namun apakah semua orang berusaha mendapatkannya??tahukah anda walaupun perompak berjaya mencuri duit beribu-ribu,bijak melaksanakan rancangan untuk pecah masuk rumah dan sebagainya..mereka masih lagi tidak kaya-raya..bahkan,empunya kedai emas yang baru sahaja hartanya dirompak berjaya meluaskan empayar,membuka cawangan yang baru dan memiliki perniagaan yang lebih besar setelah dirompak berjuta-juta ringgit..ini semua bersangkut paut dengan keberkatan,adakah barang rompakan itu halal??apakah akibatnya memberi makan anak bini dengan wang rompak?wang haram??fikir-fikirkanlah...

Mungkin hari ini kita seorang yang disegani,ramai kawan dan dikenali..namun apakah suatu hari nanti kita masih berada di takuk yang lama??semua itu masih belum pasti..kita mungkin ditakdirkan jatuh bagkrap secara tiba-tiba,rakan-rakan mula menjauhkan diri,ditimpa penyakit yang tidak akan sembuh dan sebagainya..apakah kita pernah terfikir akan semua itu??

Walaupun keputusan peperiksaan UPSR,PMR  dan SPM kitalah juara,dapat semua A..dipuji-puji,disegani guru,rakan-rakan dan keluarga...dapat anugerah sampai tak menang tangan dan ibu bapa kita tersangatlah gembira dengan semua itu..namun apakah kita akan dapat kecapi lagi kejayaan tersebut dalam peperiksaan lain?peperiksaan semester misalnya ataupun dalam bidang pekerjaan..muhasabahlah diri sendiri..

seperti dalam post yang lepas,jaa ada cakap jangan salahkan takdir,begitu juga di sini..masih ayat yang sama..kpd yang berkenaan:walaupun kita gagal pada kali ni,tak semestinya kita akan gagal untuk selama-lamanya...ini hanyalah titik permulaan,jangan bersedih dan terus maju kehadapan...ijazah kedoktoran pasti akan dapat digenggam suatu hari nanti dan belajar di mana-mana pun sama sahaja..apa yang penting,jangan berputus asa,teruskan berdiri dan melangkah ke hadapan..usah toleh ke belakang,ke masa silam..biarkan ia terkubur bersama-sama kenangan..bawak pengalaman itu dan lebih bersungguh-sungguh pada masa hadapan...
"moga kita sama-sama jadi doktor suatu hari nanti"insyaalah :D

sepotong doa :-

"Ya Allah,andai kegagalanku boleh membawa fitnah kepada agamamu,cemerlangkanlah aku dalam semua perkara, namun seandainya kejayaan akan membawaku lalai dan jauh dari agama-Mu, maka engkaulah yang berhak menentukan segalanya kerana aku mengimani apa yang engkau takdirkan kepadaku dan aku yakin pasti ada hikmah yang tidak tersingkap nilainya...amiiin"

Labels: , , , , ,



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post