Cerita Nurma
FollowDashboard
Layakkah aku???buka hati,buka minda,muhasabah diri…
Sunday, January 23, 2011 ? 0 Ultraman ?
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh mari3 semua vaca huhuhu.........selamat petang....


Kita seringkali berfikir tentang apa yang akan orang perkatakan tentang diri kita,kita seringkali bertanya pada diri sendiri..Layakkah kita???perkara inilah yang sering membelenggu diri kita sehingga membuatkan kita tidak boleh maju ke hadapan,masih berada di takuk yang lama..oleh itu,marilah kita menganjakkan paradigma pemikiran,buka hati,tepuk dada dan muhasabah diri…

Sebelum melakukan sesuatu perkara sememangnya kita perlu berfikir dulu akibatnya..ya,terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata,badan binasa…aku juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan…aku juga manusia yang sering melakukan kesalahan..namun aku sedar,aku ada tanggungjawab untuk menegur orang lain agar tidak terus tersesat…namun,layakkah aku????adakah aku layak untuk menegur???

Aku juga pernah melambatkan solat…layakkah aku menasihati orang supaya bersolat??
Aku juga pernah bercinta..layakkah aku menegur mereka yang membuat maksiat???

layakkah aku mennegur orang membuang masa sedangkan aku juga menghabiskan masa berjam2 depan internet??

Apakah yang akan mereka katakan padaku??diri sendiri pun tak betul,tak payah la kau nak mengajar orang lain ‘macam ketam mengajar anaknya berjalan betul’…padahal kau tu bukannya baik sangat,tak payah nak berlagak baik alim kucing lar..haa,ini memang penyakit besar yang berlaku dalam masyarakat kita…penyakit ini kalau dibiarkan kelama-lamaan akan bernanah,membusuk dan merosakkan seluruh masyarakat…

Kenapa ya??kerana masing-masing sudah takut untuk menegur orang lain kerana merasakan dirinya tidak layak untuk menegur..kalau yang demikian,siapakah yang layak??adakah hanya alim ulama’,ustaz ustazah??aku yang hanya biasa-biasa ini tidak layak??adakah aku hanya perlu memejamkan mata bila melihat maksiat di hadapan mata??memekakkan telinga bila mendengar suara-suara lucah yang kedengaran??dan membutakan hati seolah-olah tidak memahami apa yang berlaku??

Jikalau begitu,layakkah kita bergelar hamba??tahukah kamu bahawa setiap hamba itu diciptakan untuk nasihat-menasihati antara satu sama lain..setiap hamba wajib melaksanakan amar makruf nahi mungkar dan wajib menjauhi diri dari kemaksiatan..jikalau seorang hamba itu melihat sebarang kemungkaran,hendaklah mereka menggunakan kuasa,mencegah kemungkaran dengan kuasa/jawatan mereka namun jika tak mampu gunalah lisan/perkataan dan jika masih tak mampu,cegahlah dengan hati walaupun itu adalah selemah-lemah iman…

Aku juga duduk berfikir sejenak…layakkah aku menulis sebuah blog berbentuk ilmiah dan islamik sebegini..aku sedar yang aku masih lagi setahun jagung,tidak banyak makan garam dan masih belum masak dengan selok belok dunia luar..namun aku sedar,aku ada tanggungjawab…aku perlu menyebarkan apa yang aku tahu kepada orang lain..sebenarnya aku ada mengikuti halaqah,ceramah agama,aku juga sering mendengar ceramah di televisyen,usrah-usrah…namun aku tiada keyakinan mengadakan ceramah kerana kutahu kelemahan diriku..seperti kebanyakan orang lain,layakkah aku memberi kuliah???layakkah aku membingcangkan soal agama??padahal….perkara itu sering menggangu aku..

Namun berbekalkan minat aku dalam dunia blogging, aku Berjaya mewujudkan sebuah blog berunsurkan cinta islamik dan berbentuk ilmiah yang pastinya sangat kontra dengan diri aku..aku bukannya hipokrit,aku adalah aku..bagi yang membaca blog jaa’s story,itu adalah aku yang sebenar  dalam dunia realiti dan aku sememangnya cemburu melihat pasangan yang bercinta menurut islam yang sebenar..jadi terciptalah blog ini,sebuah blog mutiara hati,curahan dalaman diri aku sendiri

Labels:



Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post